Posts

Showing posts from September, 2020

PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH

Image
Salam sejahtera.... ARNAB JATUH TELINGA SEBELAH Minggu lepas ada yang bertanya 'kecacatan' telinga dikatakan jatuh sebelah. Pagi tadi seorang lagi bertanyakan perkara yang sama. Telinga yang jatuh atau turun sebelah jika dalam tempoh yang singkat (kurang 2 minggu) biasanya bukanlah kecacatan. Sebaliknya kesan sementara akibat persekitaran atau infeksi ringan. Hanya kekal sebegitu jika melibatkan pewarisan genetik, trauma atau kerosakan saraf akibat infeksi. Secara umumnya punca gejala ini mungkin disebabkan : 1. Pewarisan genetik. Ada kemungkinan kacukan (mixed atau crossed) baka lop pada generasi parents ke atas. Kebiasaannya telinga akan jatuh lebih kerap dan tempoh jatuhan juga lebih lama. 2. Infeksi dalam telinga. Infeksi juga boleh menyebabkan telinga jatuh. Kebiasaannya turut mengakibatkan kepala menjadi teleng (tilt head) jika infeksi agak kuat. Keseriusan bergantung kepada tahap infeksi dan pengalaman saya akan sembuh sendiri (dalam kes ringan) sekitar 2 hin

KENAPA ARNAB KURANG MAKAN TIBA TIBA

Image
Salam sejahtera... Arnab Tak Habiskan Makanan : Apa Perlu Dilakukan? Sudah 3 hari kebanyakan arnab saya tidak menghabiskan makanan pada waktu sepatutnya. Ini adalah cara basic untuk mengenalpasti masalah pada kandang atau arnab. Antara kelebihan memberi makanan secara sistematik (terhad) dan diberikan sekali sehari adalah cara mudah untuk mengenalpasti masalah. Jika makanan yang diberikan pada waktu petang/malam tidak dapat dihabiskan pada petang/malam esoknya, ini antara tanda kandang / kesihatan arnab anda ada masalah. Petang ini saya terpaksa lakukan semakan lebih terperinci kerana sudah 3 hari makanan masih berbaki. 1. Check saluran air, nipple dan tangki. Jika minuman bermasalah arnab akan kurang makan. Tiada kegagalan system. 2. Check najis. Arnab cirit boleh menyebabkan kurang selera makan. Tiada kesan najis cair / berbau. 3. Check gigi. Arnab yang bermasalah gigi mungkin menyebabkan kesukaran untuk makan. Tiada masalah gigi. 4. Check kurap / sorehock. Arnab mungkin

BOLEH TAK ARNAB KITA BAGI SAYURAN..!!!!

Image
Salam sejahtera Lagi Kematian Akibat Sayuran Telah beberapa kali dirujuk berkaitan arnab yang mati akibat cirit hasil pemberian sayuran berlebihan. Malam ini masih menerima panggilan walaupun telah dinasihatkan mengelakkan sayuran tanpa kawalan. Alasan pengambilan sayuran : 1. Arnab saya suka makan sayur 2. Seronok tengok arnab makan sayur  3. Kawan saya bagi makan sayur tak mati pun 4. Diet arnab katanya kena ada sayuran 5. Sayur boleh jimat kos pallet Terdapat banyak pro dan kontra terhadap pemberian sayuran tetapi kebanyakan breeder berpengalaman / trusted bersetuju : 1. Diet utama arnab adalah pellet / hay. Sayuran tidak boleh menggantikan pellet/hay. 2. Sayuran berair (spt kangkung) jika diberi berlebihan boleh menyebabkan cirit. 3. Elakkan sayuran dari pasar yang berkemungkinan beracun. Basuh dengan bersih jika mahu diberikan kepada arnab. 4. Sayuran bergetah (cth iceberg lettuce) sebahagiannya merbahaya kepada arnab. Sebaiknya dikeringkan dahulu sebelum diberikan.  B

BACA..!! BIAR TAU SUKATAN BAGI MAKAN ARNAB

Image
Salam sejahtera... Berapa Banyak Pemberian Makanan Arnab Sehari? Pelbagai teori dikemukakan dalam menentukan jumlah makanan arnab untuk sehari antaranya  : 1. 25%-35% dari berat badan ie sekitar 70g/2kg 2. Sekitar 200g - 350g (bagi baka pedaging dan hybrid) Teori di atas jika di copy paste ke dalam kumpulan aplikasi sembang mungkin akan menyebabkan banyak kekeliruan. Untuk lebih mudah difahami, keperluan makanan harian arnab banyak bergantung kepada : 1. Suhu atau cuaca setempat. Cuaca sejuk mungkin memerlukan makanan yang lebih. Tidak pelik jika penternak di Eropah menggunakan jumlah makanan yang lebih. 2. Size baka arnab. Jika review diberikan berkaitan dengan baka giant, jumlah mungkin lebih tinggi dengan ketara berbanding baka dwarf. 3. Size sangkar dan 'kemudahan gym'. Arnab di dalam sangkar kecil memerlukan kuantiti yang berbeza dengan arnab yang dilepaskan. Berdasarkan beberapa teori dan realiti di atas, kebanyakan breeder di Malaysia hampir sepakat meletakka

ELOK ELOK JIKA SIMPAN PALLET ARNAB JIKA SUDAH MUSIM HUJAN BIAR ARNAB TETAP SIHAT

Image
Salam sejahtera... Pellet dan Musim Hujan Lembah Klang dalam mood kelembapan tinggi seminggu dua ini. Ia mungkin cuaca yang sesuai untuk mating/mengawan tetapi kurang baik untuk penyimpanan pellet. Pembelian pellet pada musim ini perlu lebih berhati-hati kerana terdapat penjual / gudang yang recycle pellet yang lembab dengan dijemur dan repack semula. Gambar-gambar di atas adalah gambar sebenar yang diambil dari sebuah gudang. Bagi breeder yang membeli secara guni, sebaiknya membuat hubungan yang baik pekerja/pemilik gudang agar dapat mengelakkan pellet recycle yang dipack semula. Selebihnya sentiasa berdoa agar terhindar dari pellet tersebut. Berikut beberapa panduan untuk mengelakkan pellet cepat rosak terutamanya musim hujan : 1. Jangan simpan di dalam guni, sebaliknya simpan di dalam bekas yang kalis air. Guni kebanyakannya terdapat lubang akibat hook ketika pengalihan. 2. Sebaiknya pellet disimpan di tempat yang tidak terdedah dengan hujan / tempias / kelembapan tinggi

PANDUAN UNTUK PETERNAK BARU UNTUK MENCARI PALLET

Image
SALAM SEJAHTERA MENCARI PALLET TERBAIK : PANDUAN UNTUK PENTERNAK / PEMILIK BARU Hampir setiap minggu ada sahaja pertanyaan berkaitan pallet terbaik untuk arnab. Biasanya perbincangan berakhir dengan masalah nak beli pallet dan kecaman harga pallet yang mahal. Dalam isu perbandingan, kita penternak baru perlu sedar beberapa perkara : 1. Jangan bandingkan kita dengan penternak berpengalaman, skala besar mahupun penternak show yang eksklusif. Mereka mungkin ada tujuan tertentu dalam penggunaan pallet atau mempunyai akses kepada pasaran pallet. 2. Jangan bandingkan pallet dalam range harga yang berbeza. Pallet berharga bawah rm30 tidak boleh dibanding dengan lebih rm50. Jangan bandingkan pallet guni dengan pallet masak yang dipack kecil dan dicampur vitamin. 3. Info dari pengalaman mungkin membantu. Tetapi info dari individu mungkin terdedah kepada metodologi perbandingan yang tidak tepat. Perbandingan mungkin bermanfaat jika dirujuk kepada breeder yang mempunyai disiplin dalam

CEK PROTIN DAN FIBER SEBELUM MEMBELI PALLET

Image
Salam sejahtera... Keperluan Protein dan Fiber Dalam Pellet Ramai yang bertanya tentang bagaimana membaca kandungan nutrisi di guni pellet. Kebiasaan review hanya menyatakan kebaikan sesuatu pellet berdasarkan jenama dan bukan kandungan nutrisi.  Bagi penternakan pedaging, kebiasaannya pellet dinilai melalui ADG (Average Daily Gain - Purata Tambahan Berat Sehari). Walai bagaimanapun, ADG ini mungkin berbeza beradasarkan cuaca, size kandang, baka, umur dan lain lain yang turut menyumbang kepada tahap tumbesaran.  Satu perkara yang penting yang perlu diketahui adalah keperluan protein dan fiber berbeza mengikut umurkategori dan beberapa aspek lain. Secara umumnya beberapa standard telah dikeluarkan mengikut kategori tertentu (lihat jadual dilampirkan) seperti berikut : 1. Arnab membesar : dari cerai susu sehingga 3 bulan  -Grower 2. Mengandung dan menyusu (sehingga 21 hari selepas bersalin - pregnant / lactation 3. Jantan yang digunakan untuk breeding secara agrresif 4. Janta

PALLET YANG TEPAT UNTUK ARNAB...!!!

Image
Salam sejahtera... Pallet Apa Yang Sesuai Dengan Saya? Ramai yang mahu memberi pallet terbaik kepada Arnab. Bagi pencinta haiwan, istilah 'pallet terbaik' mungkin menyebabkan mereka stress untuk mendapatkan pallet tersebut sedangkan sesetengah tempat, pallet tersebut sememangnya tiada di pasaran. Sepatutnya pemilihan pallet perlu mengambil kira beberapa perkara berikut : 1. Mudah Di Pasaran  Pallet yang anda guna perlulah mudah diperolehi. Sebolehnya, jika anda boleh dapati bila sahaja dikehendaki. Keputusan stock dan pertukaran pallet dengan kerap boleh membahayakan arnab anda. Abaikan yang murah dan terbaik jika sukar untuk diperolehi. 2. Tahap Ke'freshan'nya Pallet terutamanya yang bermutu mempunyai tarikh luput yang cepat sekitar 1 bulan sahaja dari tarikh kilang. Bagi penternak kecil-kecilan, dengan penyimpanan yang baik masih menggunakannya dalam tempoh tidak lebih 2 bulan. Jika di tempat anda terdapat pallet yang murah dan berkualiti tetapi bertarikh

DEWLAP PADA ARNAB BACA SECARA DETAIL

Image
Salam sejahtera... BAROKAH AGRO FARM --DEWLAP PADA KELINCI-- -- --  Dewlap adalah lipatan kulit yang membujur dan menggantung di bawah rahang bawah atau bagian leher pada banyak mamalia, termasuk kelinci.   --  Dewlap biasanya ditemukan pada kelinci betina. Meskipun pada beberapa ras tertentu, jantan juga memiliki dewlap meskipun dengan ukuran yang relatif lebih kecil.  -- Dewlap biasanya ternampak setelah kelinci beranak. Dan jarang sangat nampak disaat kelinci masih muda. --  Pada kelinci betina, dewlap berfungsi untuk menyediakan area lain untuk mencabuti bulunya ketika membuat sarang untuk anak-anaknya.  --  Menurut ARBA, jika kelinci memiliki dewlap dan merupakan salah satu ras berikut : Polish, ND, Tan, Himalayan, Britanian Petite, dan Dwarf Hotot.  Maka mereka akan di diskualifikasi dari kontes.  --  Biasanya Dewlap jarang terjadi pada betina yang di kebiri pada usia dini.  --  Beberapa kelinci jantan yang di kebiri sebelum usia pubertas memil

PENYAKIT PERUT PADA ARNAB YANG WAJIB DIKETAHUI

Image
Salam sejahtera... Penyakit... KEMBUNG PADA KELINCI Kembung pada kelinci bisa merupakan gejala awal dari akan terjadinya diare. Kembung disebabkan karena akumulasi gas berlebih yang dihasilkan melalui fermentasi di dalam sekum. Berbeda dengan kuda, ketika terjadi kembung, maka kelinci akan sukar untuk mengeluarkan udara dari dalam rongga saluran pencernaannya. Kembung pada kelinci sering menyebabkan kematian secara tiba-tiba dan pada umumnya sukar untuk disembuhkan ketika kelinci sudah tidak ingin makan dan terlihat diam. Bagian perut kelinci yang kembung akan terlihat mengembang dan membesar terisi udara. Ketika perut tersebut dihentak secara perlahan terdengar seperti gendang yang menandakan ingesta perut sedikit dan lebih didominasi oleh udara. Dalam kondisi seperti ini, penghasilan gas akan terus berlangsung sehingga akan menekan diafragma dan  paru-paru yang mengakibatkan suplai oksigen berkurang yang  mengakibatkan kematian. Saluran pencernaan yang di penuhi dengan ud

MATTING ARNAB SECARA BETUL

Image
Salam sejahtera... Berikut adalah cara-cara mengawinkan kelinci,penjelasan tentangkelinci hamil, dan persiapan sebelum beranak:     Pastikan kelinci anda sudah dewasa dan berumur siap kawin. Walaupun ada yang bisa dikawinkan pada umur 5,5 dan 6 bulan, usia yang aman mengawinkan kelinci adalah umur 7 bulan ke atas.     Pastikan juga bahwa kelinci yang hendak anda kawinkan tidak sedarah atau bersaudara. Perkawinan sedarah bisa mengakibatkan hal-hal tak diinginkan seperti cacat pada anak kelincinya kelak.     Kelinci dikawinkan saat suhu udara rendah. Suhu udara yang relatif tinggi mengakibatkan kematian sel sperma kelinci jantan sehingga kelinci anda gagal hamil. Oleh karena itu kelinci biasanya dikawinkan pada pagi hari menjelang jam 8 pagi, atau di malam hari.     Kelinci jantan dan betina tidaklah dikurung atau ditempatkan dalam satu kandang terus menerus (begitu juga untuk semua kelincidi atas 3 bulan dimana dalam 1 kandang seharusnya diisi 1 ekor kelinci saja). Pada saat

CARA MATTING PERSILANGAN ARNAB NZ + BC

Image
Salam... BAROKAH AGRO FARM .. .. BC X BC  # BC Selamat malam teman-teman, sahabat, saudara breeder, peternak, penghobi, pecinta kelinci. Apa kabar? Semoga kesuksesan dan keberkahan selalu menyertai kita semua dan semoga kita semua selalu kompak dalam memajukan dunia perkelincian. Pada kesempatan kali ini kami akan mengajak teman dan sahabat sekalian sedikit berdiskusi tentang Backcross atau BC pada kelinci terutama, New Zealand. Istilah BC sering kita dengar dikalangan peternak, medsos dan grup2 kelinci dalam setengah dekade terakhir. Hal ini membuat kami tergerak untuk menyapa rekan-rekan untuk bersama meluruskan istilah BC sebelum  semakin salah kaprah bener ora lumrah. Lantas apa yang kita maksud dengan Backcross dan apa bedanya dengan two breeds cross/ cross saja (perkawinan dua breed)? Mari kita bahas dengan contoh persilangan kelinci New Zealand pada gambar A. Two breeds cross/ cross saja (perkawinan dua breed) adalah persilangan antara Kelinci New Zealand Purebreed (