BACA..!! BIAR TAU SUKATAN BAGI MAKAN ARNAB


Salam sejahtera...


Berapa Banyak Pemberian Makanan Arnab Sehari?

Pelbagai teori dikemukakan dalam menentukan jumlah makanan arnab untuk sehari antaranya  :
1. 25%-35% dari berat badan ie sekitar 70g/2kg
2. Sekitar 200g - 350g (bagi baka pedaging dan hybrid)

Teori di atas jika di copy paste ke dalam kumpulan aplikasi sembang mungkin akan menyebabkan banyak kekeliruan. Untuk lebih mudah difahami, keperluan makanan harian arnab banyak bergantung kepada :
1. Suhu atau cuaca setempat. Cuaca sejuk mungkin memerlukan makanan yang lebih. Tidak pelik jika penternak di Eropah menggunakan jumlah makanan yang lebih.

2. Size baka arnab. Jika review diberikan berkaitan dengan baka giant, jumlah mungkin lebih tinggi dengan ketara berbanding baka dwarf.

3. Size sangkar dan 'kemudahan gym'. Arnab di dalam sangkar kecil memerlukan kuantiti yang berbeza dengan arnab yang dilepaskan.

Berdasarkan beberapa teori dan realiti di atas, kebanyakan breeder di Malaysia hampir sepakat meletakkan 100g (80g - 120g) sebagai standard tahap optimum makanan arnab sehari. Antara alasan mereka :
1. Lebih dari 100g akan terbuang sebagai najis
2. Lebih 100g boleh menyebabkan obesiti yang akan mengganggu program breeding dan kesihatan arnab (lebih berisiko jika protein lebih tinggi)

Selain itu, kelebihan menghadkan 100g sehari / sekali bagi juga mempunyai beberapa kelebihan :
1. Jimat dan kos efectif. Pemberian melebihi 100g akan menyebabkan arnab kurang lapar/fokus ketika pemberian makanan. Cenderung untuk asah gigi dan pembaziran makanan.

2. Menjimatkan masa mengurus. Pemberian sehari sekali dapat minimumkan masa memberikan makanan dan pembersihan najis.

3. Memudahkan pemantauan kesihatan arnab. Arnab yang sihat akan habis makanan pada sebelah pagi (jika diberikan petang atau malam). Arnab yang tidak menghabiskan makanan biasanya bermasalah dan memerlukan pemantauan / rawatan.

MASALAH UTAMA DALAM PEMBERIAN 100G SEHARI ADALAH KESIAN. UNTUK ITU KURANGKAN MELAWAT ARNAB PADA WAKTU SIANG DAN BERMESRALAH DENGAN ARNAB PADA WAKTU MALAM. UNTUK LEBIH EFISEN, SILA SOROK PALLET DARI ISTERI ANDA



B.A.F
Thanks.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH

PALLET YANG TEPAT UNTUK ARNAB...!!!

CARA KAWINKAN ARNAB YANG BETUL