PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH



Salam sejahtera....


ARNAB JATUH TELINGA SEBELAH

Minggu lepas ada yang bertanya 'kecacatan' telinga dikatakan jatuh sebelah. Pagi tadi seorang lagi bertanyakan perkara yang sama.

Telinga yang jatuh atau turun sebelah jika dalam tempoh yang singkat (kurang 2 minggu) biasanya bukanlah kecacatan. Sebaliknya kesan sementara akibat persekitaran atau infeksi ringan. Hanya kekal sebegitu jika melibatkan pewarisan genetik, trauma atau kerosakan saraf akibat infeksi.

Secara umumnya punca gejala ini mungkin disebabkan :

1. Pewarisan genetik. Ada kemungkinan kacukan (mixed atau crossed) baka lop pada generasi parents ke atas. Kebiasaannya telinga akan jatuh lebih kerap dan tempoh jatuhan juga lebih lama.

2. Infeksi dalam telinga. Infeksi juga boleh menyebabkan telinga jatuh. Kebiasaannya turut mengakibatkan kepala menjadi teleng (tilt head) jika infeksi agak kuat. Keseriusan bergantung kepada tahap infeksi dan pengalaman saya akan sembuh sendiri (dalam kes ringan) sekitar 2 hingga 4 minggu.

3. Trauma. Trauma akibat jatuh atau hantukan boleh merosakkan saraf di telinga. Rujuk veterinar untuk pemeriksaan jika perlu.

4. Tindak balas persekitaran. Kebanyakan kes yang dirujuk kepada saya melibatkan punca ini. Telinga adalah salah satu anggota arnab yang boleh menunjukkan emosi dan tindakbalas arnab terhadap persekitaran. Antara punca persekitaran yang boleh mempengaruhi jatuhnya telinga :

a. Cuaca. Cuaca yang terlalu panas atau pertukaran cuaca yang kerap boleh menyebabkan gejala ini. Telinga dikatakan berfungsi mengawal suhu persekitaran yang tidak stabil.

b. Emosi. Telinga juga dikatakan berfungsi mengawal emosi. Stress, marah, sedih, moody antara punca yang paling banyak menyebabkan gejala telinga jatuh sebelah. Bagi kes sebegini, luangkan sedikit masa :
- belai dan bermain dengan arnab
- bersihkan sangkar, bekas makanan atau apa-apa yang boleh menyebabkan arnab stress
- Berikan treat yang disukai arnab. Jika melibatkan hijauan/bahan fresh, berikan dalam kuantiti terhad.
- Berikan diet sihat dan nutrisi tambahan. Elok juga jika dibekalkan dengan multitamin.

Isu telinga jatuh sebelah biasanya hanya menghantui penternak baka lop (Holand Lop, Fuzzy Lop etc). Ini kerana telinga jatuh adalah sop (perfection) asas. Jika hanya satu yang jatuh, purity biasanya menjadi pertikaian terutamanya yang telah terbiasa mengaku pure tanpa pedigree seperti kebanyakan breeder di Malaysia.

Telinga jatuh sebelah sepatutnya bukan gejala berbahaya arnab. Walau bagaimana pun, jika keadaan berpanjangan dan menyakitkan mata melihat, sila rujuk veterinar untuk rawatan dan pemeriksaan. Atau rujuk kembali breeder yang menjual arnab tersebut jika dapat dibuat pertukaran.



B.A.F
THANKS...

Comments

Popular posts from this blog

PALLET YANG TEPAT UNTUK ARNAB...!!!

CARA KAWINKAN ARNAB YANG BETUL