PALLET YANG TEPAT UNTUK ARNAB...!!!


Salam sejahtera...
Pallet Apa Yang Sesuai Dengan Saya?

Ramai yang mahu memberi pallet terbaik kepada Arnab. Bagi pencinta haiwan, istilah 'pallet terbaik' mungkin menyebabkan mereka stress untuk mendapatkan pallet tersebut sedangkan sesetengah tempat, pallet tersebut sememangnya tiada di pasaran.

Sepatutnya pemilihan pallet perlu mengambil kira beberapa perkara berikut :

1. Mudah Di Pasaran 
Pallet yang anda guna perlulah mudah diperolehi. Sebolehnya, jika anda boleh dapati bila sahaja dikehendaki. Keputusan stock dan pertukaran pallet dengan kerap boleh membahayakan arnab anda. Abaikan yang murah dan terbaik jika sukar untuk diperolehi.

2. Tahap Ke'freshan'nya
Pallet terutamanya yang bermutu mempunyai tarikh luput yang cepat sekitar 1 bulan sahaja dari tarikh kilang. Bagi penternak kecil-kecilan, dengan penyimpanan yang baik masih menggunakannya dalam tempoh tidak lebih 2 bulan. Jika di tempat anda terdapat pallet yang murah dan berkualiti tetapi bertarikh kilang hampir minggu keempat, sebaiknya dielakkan kerana ia juga boleh membahayakan arnab anda.

3. Harga Yang Sesuai Dengan Kegunaan
Jika anda penternak kecil-kecilan, kos mungkin kurang memberikan kesan. Jika anda membela lebih dari 3 hingga 5 ekor, perbezaan harga sangat memberi kesan terutamanya jika anda menternak untuk menjual. Memilih pallet yang bersesuaian dengan keperluan penternakan juga sangat penting.

4. Pallet Berbeza Mengikut Kategori
Keperluan zat makanan berbeza mengikut grower, ibu menyusu, induk, pejantan dan sebagainya. Pengeluar pallet biasanya mengeluarkan pelbagai kategori pallet dengan code yang berbeza untuk membezakan jenis pallet mengikut keperluan. Pallet basic seperti Cap Bendera, 1168, Hasbin Jaya mungkin memadai untuk induk tetapi tdak untuk grower. Secara umumnya, protein yang tinggi dengan perbezaan kurang dari 5% berbanding fiber sesuai untuk grower dan ibu menyusu. Manakala perbezaan melebihi 5% antara protein dan fiber sesuai untuk induk dan pejantan. Sila rujuk pengeluar atau breeder berpengalaman.

Selain itu, pemakanan tambahan juga sangat mempengaruhi keperluan arnab. Penggunaan pallet biasa sahaja dengan tambahan multivatimin, hay, rumput-rumput pilihan dan lain lain supplement lebih menyihatkan dari hanya bergantung kepada pallet yang dilihat terbaik oleh penternak.

Jika anda perhatikan isu-isu di atas, anda boleh mengagak kenapa sebahagian penternak menggunakan FFM Kambing sebagai alternatif makanan arnab. Pasaran pallet arnab tidak seluas dan se'laju' pasaran FFM Kambing. Kandungannya juga memadai untuk penghasilan tumbesaran dan harga yang berpatutan membolehkannya menjadi alternatif kepada penternak.

Walau bagaimana pun, pallet seperti Goldcoin, Cargill dan FFM Arnab diakui lebih berkualiti. Jika ianya memenuhi beberapa perkara di atas termasuk kemampuan kewangan, itulah yang terbaik untuk anda.

Thanks.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH

CARA KAWINKAN ARNAB YANG BETUL