BOLEH TAK ARNAB KITA BAGI SAYURAN..!!!!



Salam sejahtera

Lagi Kematian Akibat Sayuran

Telah beberapa kali dirujuk berkaitan arnab yang mati akibat cirit hasil pemberian sayuran berlebihan. Malam ini masih menerima panggilan walaupun telah dinasihatkan mengelakkan sayuran tanpa kawalan.

Alasan pengambilan sayuran :
1. Arnab saya suka makan sayur
2. Seronok tengok arnab makan sayur 
3. Kawan saya bagi makan sayur tak mati pun
4. Diet arnab katanya kena ada sayuran
5. Sayur boleh jimat kos pallet

Terdapat banyak pro dan kontra terhadap pemberian sayuran tetapi kebanyakan breeder berpengalaman / trusted bersetuju :
1. Diet utama arnab adalah pellet / hay. Sayuran tidak boleh menggantikan pellet/hay.
2. Sayuran berair (spt kangkung) jika diberi berlebihan boleh menyebabkan cirit.
3. Elakkan sayuran dari pasar yang berkemungkinan beracun. Basuh dengan bersih jika mahu diberikan kepada arnab.
4. Sayuran bergetah (cth iceberg lettuce) sebahagiannya merbahaya kepada arnab. Sebaiknya dikeringkan dahulu sebelum diberikan. 

Bagi sesetengah breeder berpengalaman, sayuran segar tidak dibenarkan langsung kepada arnab. Untuk sayuran tertentu, hendaklah dikeringkan (sehingga digentel tidak berair) sebelum diberikan kepada arnab.

Nasihat kepada yang masih hendak memberikan sayur kepada arnab :
1. Jika baru pelihara, hendaklah dimulakan dengan kuantiti yang sedikit sehingga perut arnab terbiasa dengan sayuran tersebut.Banyak kes kematian berpunca dari mengabaikan aspek ini.
2. Jangan berikan secara unlimited/kuantiti yang banyak. Arnab yang terbiasa mungkin tidak cirit tetapi jangka masa panjang tetap berisiko.
3. Jika ingin menjimatkan kos pellet, cari daunan kurang air (spt napier, daun malberi). Sebaiknya dikeringkan dahulu. 
4. Jangan terpengaruh dengan cartoon dan penternak suka-suka yang berbangga dengan carrot/sayuran sebagai diet utama arnab.
5. Sayuran segar jika diberikan hanya untuk tujuan treat. Berikan dengan kuantiti sederhana 2 hingga 4 kali seminggu.

JIKA ANDA MASIH NAK BAGI SAYURAN SEBAGAI DIET UTAMA ARNAB, ARNAB ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA. TIADA PAKSAAN UNTUK PERCAYA DENGAN AMALAN PENTERNAK LAIN. 

** Hanya nasihat berdasarkan pengalaman dan review trusted breeder yang fokus dalam penternakan.

**
B.A.F
thanks.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH

PALLET YANG TEPAT UNTUK ARNAB...!!!

CARA KAWINKAN ARNAB YANG BETUL