ELOK ELOK JIKA SIMPAN PALLET ARNAB JIKA SUDAH MUSIM HUJAN BIAR ARNAB TETAP SIHAT


Salam sejahtera...


Pellet dan Musim Hujan

Lembah Klang dalam mood kelembapan tinggi seminggu dua ini. Ia mungkin cuaca yang sesuai untuk mating/mengawan tetapi kurang baik untuk penyimpanan pellet.

Pembelian pellet pada musim ini perlu lebih berhati-hati kerana terdapat penjual / gudang yang recycle pellet yang lembab dengan dijemur dan repack semula. Gambar-gambar di atas adalah gambar sebenar yang diambil dari sebuah gudang.

Bagi breeder yang membeli secara guni, sebaiknya membuat hubungan yang baik pekerja/pemilik gudang agar dapat mengelakkan pellet recycle yang dipack semula. Selebihnya sentiasa berdoa agar terhindar dari pellet tersebut.

Berikut beberapa panduan untuk mengelakkan pellet cepat rosak terutamanya musim hujan :

1. Jangan simpan di dalam guni, sebaliknya simpan di dalam bekas yang kalis air. Guni kebanyakannya terdapat lubang akibat hook ketika pengalihan.

2. Sebaiknya pellet disimpan di tempat yang tidak terdedah dengan hujan / tempias / kelembapan tinggi. Pellet mudah menyerap air/kelembapan.

3. Adakan beberapa bekas untuk setiap guni pellet. Sebaiknya 3 hingga 4 bekas bagi setiap guni pellet / anggaran 1 bekas untuk 1 minggu. Ini dapat mengurangkan potensi pellet terdedah dengan udara lembap. Gunakan satu bekas sahaja setiap kali/minggu. (lihat gambar contoh)

4. Elakkan mengambil pellet menggunakan tangan. Sebaiknya gunakan bekas/alat sukatan.

5. Jika perlu membersihkan sangkar/bekas makanan, lakukan 30 minit sebelum memberikan makanan. Pellet berpotensi tercemar jika dilakukan serentak. Pastikan bekas makanan kering terutamanya dari najis/kencing.

6. Periksa pellet setiap kali digunakan. Patahkan dan pastikan pellet tidak mudah dipatahkan atau mempunyai kepadatan yang lemau. Biasakan menghidu bau pellet untuk mengenalpasti perbezaan jika berlaku.

PELLET YANG ROSAK BERPOTENSI MENYEBABKAN KEMATIAN SECARA 'BERJAMAAH'. 

Sila komen jika ada tips tambahan dalam penjagaan pellet. Senari panduan akan diupdate jika terdapat tips tambahan.

B.A.F
Thanks.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH

PALLET YANG TEPAT UNTUK ARNAB...!!!

CARA KAWINKAN ARNAB YANG BETUL