KENAPA ARNAB KURANG MAKAN TIBA TIBA



Salam sejahtera...


Arnab Tak Habiskan Makanan : Apa Perlu Dilakukan?

Sudah 3 hari kebanyakan arnab saya tidak menghabiskan makanan pada waktu sepatutnya. Ini adalah cara basic untuk mengenalpasti masalah pada kandang atau arnab.

Antara kelebihan memberi makanan secara sistematik (terhad) dan diberikan sekali sehari adalah cara mudah untuk mengenalpasti masalah. Jika makanan yang diberikan pada waktu petang/malam tidak dapat dihabiskan pada petang/malam esoknya, ini antara tanda kandang / kesihatan arnab anda ada masalah.

Petang ini saya terpaksa lakukan semakan lebih terperinci kerana sudah 3 hari makanan masih berbaki.

1. Check saluran air, nipple dan tangki. Jika minuman bermasalah arnab akan kurang makan. Tiada kegagalan system.

2. Check najis. Arnab cirit boleh menyebabkan kurang selera makan. Tiada kesan najis cair / berbau.

3. Check gigi. Arnab yang bermasalah gigi mungkin menyebabkan kesukaran untuk makan. Tiada masalah gigi.

4. Check kurap / sorehock. Arnab mungkin stress dengan masalah ini dan menyebabkan kurang makan. Tiada masalah ditemui.

5. Check kesan pemangsa. Pemangsa seperti anjing dan kejutan (bunyi) boleh buat arnab stress dan kurang makan. TIada kesan ketara ditemui.

6. Check kualiti makanan. Bau dan kepadatan main baik. Tiada tanda kerosakan pallet.

7. Double check kesihatan. Tiada tanda kemurungan dan arnab aktif macam biasa.

BUNTU... sebuntu-buntunya. Ya Allah berikanlah petunjuk.

Akhirnya dapat berita dari 'Menteri Dalam Negeri' memaklumkan 'peruntukan pallet harian' telah ditambah tanpa pengetahuan 'kabinet dan perdana menteri'.

Alasan, kesian arnab kelaparan (diulas dalam bentuk tazkirah yang panjang). Ini bukan kali pertama.

Kesimpulan : 
1. Sorok pallet dari isteri dan anak anda anda. Selain dari peruntukan pallet  tambahan diberikan tanpa pengetahuan, ada kes memaklumkan pallet turut dimakan oleh anak.
2. Sifat kemanusiaan yang tidak terkawal mungkin menggagalkan sistem penternakan anda.
3. Biasakan 'mesyuarat kabinet' dalam setiap masalah supaya tiada tenaga terbuang begitu sahaja.


B.A.F
Thanks.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH

PALLET YANG TEPAT UNTUK ARNAB...!!!

CARA KAWINKAN ARNAB YANG BETUL