CEK PROTIN DAN FIBER SEBELUM MEMBELI PALLET



Salam sejahtera...

Keperluan Protein dan Fiber Dalam Pellet

Ramai yang bertanya tentang bagaimana membaca kandungan nutrisi di guni pellet. Kebiasaan review hanya menyatakan kebaikan sesuatu pellet berdasarkan jenama dan bukan kandungan nutrisi. 

Bagi penternakan pedaging, kebiasaannya pellet dinilai melalui ADG (Average Daily Gain - Purata Tambahan Berat Sehari). Walai bagaimanapun, ADG ini mungkin berbeza beradasarkan cuaca, size kandang, baka, umur dan lain lain yang turut menyumbang kepada tahap tumbesaran. 

Satu perkara yang penting yang perlu diketahui adalah keperluan protein dan fiber berbeza mengikut umurkategori dan beberapa aspek lain. Secara umumnya beberapa standard telah dikeluarkan mengikut kategori tertentu (lihat jadual dilampirkan) seperti berikut :
1. Arnab membesar : dari cerai susu sehingga 3 bulan  -Grower
2. Mengandung dan menyusu (sehingga 21 hari selepas bersalin - pregnant / lactation
3. Jantan yang digunakan untuk breeding secara agrresif
4. Jantan / betina yang tidak digunakan untuk breeding -Dry

Jika diperhatikan standard tersebut, arnab sememangnya memerlukan kadar protein dan fiber yang berbeza. Tiada pellet yang benar-benar memenuhi keperluan semua kategori arnab dalam satu masa. Beberapa breeder yang saya temui dan barn yang saya lawati mendapati kebanyakan mereka menggunakan lebih dari satu jenis pellet.

Secara umumnya, arnab yang memerlukan pertumbuhan samada tumbesaran atau breeding memerlukan protein yang lebih tinggi manakala untuk keadaan biasa memerlukan fiber yang lebih tinggi. 

Untuk tujuan memilih pellet untuk anda, boleh perhatikan beberapa nasihat berikut (mungkin berbeza dengan breeder lain) :

1. Pilih pellet asas yang sesuai untuk semua stage. Secara spesifiknya kandungan protein sekitar 14 - 16% dan fiber tidak kurang dari 18%.

2. Bagi tujuan breeding, dapatkan pellet berprotein tinggi (melebihi 16%) untuk digunakan (atau dicampurkan) ketika stage tertentu yang memerlukan protein tinggi.

3. Keperluan protein arnab pet yang selalu dibiarkan diluar kandang mungkin lebih tinggi berbanding yang sentiasa dalam sangkar. Begitu juga protein lebih tinggi diperlukan untuk pembentukan bulu dan sebagainya. Size sangkar juga mungkin memberi memberi kesan terhadap keperluan protein.

4. Pemberian protein berlebihan mungkin menyebabkan obesiti yang boleh memberikan komplikasi kepada arnab terutamanya untuk tujuan breeding. Pellet berprotein tinggi (melebihi 18%) tidak semestinya bagus untuk arnab terutamanya yang sentiasa berada di dalam sangkar.

5. Jangan terlalu terikat dengan pandangan secara teori. Sebaliknya lihat juga praktik para breeder mengikut saiz sangkar, cuaca dan lain lain yang mungkin memberi kesan.

6.Pellet yang diimport (dimasak) biasanya lebih baik untuk arnab kerana telah dicampur dengan multivitamin dan nutrien lain. 

Kesimpulan :
TIADA PELLET YANG SEMPURNA UNTUK SETIAP KATEGORI ARNAB ANDA. Satu jenis pellet sebenarnya sudah memadai untuk semua kategori. Untuk tujuan tertentu, mempunyai lebih dari satu jenis pellet dapat membantu meningkatkan produktiviti dan kualiti.


By. B A F
 Thanks.

Comments

Popular posts from this blog

PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH

PALLET YANG TEPAT UNTUK ARNAB...!!!

CARA KAWINKAN ARNAB YANG BETUL