Posts

BAROKAH AGRO FARM

Image
Assalamualaikum.. Dari ternakan arnab kami di melaka alor gajah, Kami menjual daging arnab dengan quality tinggi, dengan perawatan arnab yang dijaga dengan sangat elok, dengan pallet arnab FFM high quality, menjaga kebersihan ladang, dll Kami disini menjual daging arnab memang yang berquality tinggi, Adapun yg kami jual disini selain DAGING ARNAB, KARKAS ARNAB, PERAP ARNAB ARNAB HIDUP - ANAKAN USIA 3 BULAN - ARNAB SIAP KAWIN USIA 5/6 BULAN -INDUK -PEJANTAN -PALLET FFM - SANGKAR - DAWAI UNTUK SANGKAR ANTI KARAT (REMAX) - PERLENGKAPAN SANGKAR SEMUA KEBUTUHAN ARNAB SAYA TELAH SEDIAKAN DISINI DAN SELAIN ITU KAMI MENYIAPKAN PAKET A DAN PAKET B UNTUK PETERNAK ARNAB PEMULA, KAMI AKAN MEMBERIKAN ARNAB SEKALIGUS SANGKAR DLL DALAM PAKET A DAN PAKET B DENGAN HARGA YANG SANGAT EKONOMIS UNTUK PARA PEMULA TERNAK ARNAB JOM IKUT BERGABUNG BERSAMA KAMI DI LADANG ARNAB KEMUNING MELAKA AGAR MENJADI PETERNAK YANG MENGUNTUNGKAN Arnab Perap & Daging Arnab Karkas(tanpa kepala,organ) READY STOCK Arnab PER

CARA KAWINKAN ARNAB YANG BETUL

Image
Salam sejahtera... .. .. BC X BC  # BC Selamat malam teman-teman, sahabat, saudara breeder, peternak, penghobi, pecinta kelinci. Apa kabar? Semoga kesuksesan dan keberkahan selalu menyertai kita semua dan semoga kita semua selalu kompak dalam memajukan dunia perkelincian. Pada kesempatan kali ini kami akan mengajak teman dan sahabat sekalian sedikit berdiskusi tentang Backcross atau BC pada kelinci terutama, New Zealand. Istilah BC sering kita dengar dikalangan peternak, medsos dan grup2 kelinci dalam setengah dekade terakhir. Hal ini membuat kami tergerak untuk menyapa rekan-rekan untuk bersama meluruskan istilah BC sebelum  semakin salah kaprah bener ora lumrah. Lantas apa yang kita maksud dengan Backcross dan apa bedanya dengan two breeds cross/ cross saja (perkawinan dua breed)? Mari kita bahas dengan contoh persilangan kelinci New Zealand pada gambar A. Two breeds cross/ cross saja (perkawinan dua breed) adalah persilangan antara Kelinci New Zealand Purebreed (1) dengan New Zealan

PEMBAHASAN ARNAB YANG TELINGA JATUH SEBELAH

Image
Salam sejahtera.... ARNAB JATUH TELINGA SEBELAH Minggu lepas ada yang bertanya 'kecacatan' telinga dikatakan jatuh sebelah. Pagi tadi seorang lagi bertanyakan perkara yang sama. Telinga yang jatuh atau turun sebelah jika dalam tempoh yang singkat (kurang 2 minggu) biasanya bukanlah kecacatan. Sebaliknya kesan sementara akibat persekitaran atau infeksi ringan. Hanya kekal sebegitu jika melibatkan pewarisan genetik, trauma atau kerosakan saraf akibat infeksi. Secara umumnya punca gejala ini mungkin disebabkan : 1. Pewarisan genetik. Ada kemungkinan kacukan (mixed atau crossed) baka lop pada generasi parents ke atas. Kebiasaannya telinga akan jatuh lebih kerap dan tempoh jatuhan juga lebih lama. 2. Infeksi dalam telinga. Infeksi juga boleh menyebabkan telinga jatuh. Kebiasaannya turut mengakibatkan kepala menjadi teleng (tilt head) jika infeksi agak kuat. Keseriusan bergantung kepada tahap infeksi dan pengalaman saya akan sembuh sendiri (dalam kes ringan) sekitar 2 hin

KENAPA ARNAB KURANG MAKAN TIBA TIBA

Image
Salam sejahtera... Arnab Tak Habiskan Makanan : Apa Perlu Dilakukan? Sudah 3 hari kebanyakan arnab saya tidak menghabiskan makanan pada waktu sepatutnya. Ini adalah cara basic untuk mengenalpasti masalah pada kandang atau arnab. Antara kelebihan memberi makanan secara sistematik (terhad) dan diberikan sekali sehari adalah cara mudah untuk mengenalpasti masalah. Jika makanan yang diberikan pada waktu petang/malam tidak dapat dihabiskan pada petang/malam esoknya, ini antara tanda kandang / kesihatan arnab anda ada masalah. Petang ini saya terpaksa lakukan semakan lebih terperinci kerana sudah 3 hari makanan masih berbaki. 1. Check saluran air, nipple dan tangki. Jika minuman bermasalah arnab akan kurang makan. Tiada kegagalan system. 2. Check najis. Arnab cirit boleh menyebabkan kurang selera makan. Tiada kesan najis cair / berbau. 3. Check gigi. Arnab yang bermasalah gigi mungkin menyebabkan kesukaran untuk makan. Tiada masalah gigi. 4. Check kurap / sorehock. Arnab mungkin

BOLEH TAK ARNAB KITA BAGI SAYURAN..!!!!

Image
Salam sejahtera Lagi Kematian Akibat Sayuran Telah beberapa kali dirujuk berkaitan arnab yang mati akibat cirit hasil pemberian sayuran berlebihan. Malam ini masih menerima panggilan walaupun telah dinasihatkan mengelakkan sayuran tanpa kawalan. Alasan pengambilan sayuran : 1. Arnab saya suka makan sayur 2. Seronok tengok arnab makan sayur  3. Kawan saya bagi makan sayur tak mati pun 4. Diet arnab katanya kena ada sayuran 5. Sayur boleh jimat kos pallet Terdapat banyak pro dan kontra terhadap pemberian sayuran tetapi kebanyakan breeder berpengalaman / trusted bersetuju : 1. Diet utama arnab adalah pellet / hay. Sayuran tidak boleh menggantikan pellet/hay. 2. Sayuran berair (spt kangkung) jika diberi berlebihan boleh menyebabkan cirit. 3. Elakkan sayuran dari pasar yang berkemungkinan beracun. Basuh dengan bersih jika mahu diberikan kepada arnab. 4. Sayuran bergetah (cth iceberg lettuce) sebahagiannya merbahaya kepada arnab. Sebaiknya dikeringkan dahulu sebelum diberikan.  B

BACA..!! BIAR TAU SUKATAN BAGI MAKAN ARNAB

Image
Salam sejahtera... Berapa Banyak Pemberian Makanan Arnab Sehari? Pelbagai teori dikemukakan dalam menentukan jumlah makanan arnab untuk sehari antaranya  : 1. 25%-35% dari berat badan ie sekitar 70g/2kg 2. Sekitar 200g - 350g (bagi baka pedaging dan hybrid) Teori di atas jika di copy paste ke dalam kumpulan aplikasi sembang mungkin akan menyebabkan banyak kekeliruan. Untuk lebih mudah difahami, keperluan makanan harian arnab banyak bergantung kepada : 1. Suhu atau cuaca setempat. Cuaca sejuk mungkin memerlukan makanan yang lebih. Tidak pelik jika penternak di Eropah menggunakan jumlah makanan yang lebih. 2. Size baka arnab. Jika review diberikan berkaitan dengan baka giant, jumlah mungkin lebih tinggi dengan ketara berbanding baka dwarf. 3. Size sangkar dan 'kemudahan gym'. Arnab di dalam sangkar kecil memerlukan kuantiti yang berbeza dengan arnab yang dilepaskan. Berdasarkan beberapa teori dan realiti di atas, kebanyakan breeder di Malaysia hampir sepakat meletakka

ELOK ELOK JIKA SIMPAN PALLET ARNAB JIKA SUDAH MUSIM HUJAN BIAR ARNAB TETAP SIHAT

Image
Salam sejahtera... Pellet dan Musim Hujan Lembah Klang dalam mood kelembapan tinggi seminggu dua ini. Ia mungkin cuaca yang sesuai untuk mating/mengawan tetapi kurang baik untuk penyimpanan pellet. Pembelian pellet pada musim ini perlu lebih berhati-hati kerana terdapat penjual / gudang yang recycle pellet yang lembab dengan dijemur dan repack semula. Gambar-gambar di atas adalah gambar sebenar yang diambil dari sebuah gudang. Bagi breeder yang membeli secara guni, sebaiknya membuat hubungan yang baik pekerja/pemilik gudang agar dapat mengelakkan pellet recycle yang dipack semula. Selebihnya sentiasa berdoa agar terhindar dari pellet tersebut. Berikut beberapa panduan untuk mengelakkan pellet cepat rosak terutamanya musim hujan : 1. Jangan simpan di dalam guni, sebaliknya simpan di dalam bekas yang kalis air. Guni kebanyakannya terdapat lubang akibat hook ketika pengalihan. 2. Sebaiknya pellet disimpan di tempat yang tidak terdedah dengan hujan / tempias / kelembapan tinggi